Joget Malaysia

Joget Malaysia 歌詞

ジャンルRegional
時間4:11
原文言語MS
閲覧数437
歌詞座標

原文歌詞

MS
翻訳はまだありません。原文を表示しています。
18
Datuk Panglima pergi membajak Ke tanah rata senja pulangnya Kalau Saloma orang yang bijak Negeri kita apa namanya Ikanlah keli di dalam perahu Oranglah buta tangkap buaya Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu Negara kita nama Malaysia Ramalah rama di pohon duri Mati ditimpa si buah nangka Kalau Saloma orang bistari Bulan berapa Malaysia merdeka Anak benggali ke kebun nyonya Petiklah gambus anak Melaka Wahai Cik Ramlee ini jawabnya Tiga puluh satu Ogos Merdeka Ke pasar lama membeli serai Singgah bertanya Datuk Menteri Kalau Saloma orang yang pandai Di mana letak Ibu Negeri Anaklah bilal dari Mentakab Pergi ke Johor buat kenduri Cik Ramlee soal mudah dijawab Kuala Lumpur ibu negeri