Aku Hanya Umar

Paroles de Aku Hanya Umar

Durée5:26
Langue originaleIndonésien
Vues327
Coordonnées des paroles

Paroles originales

ID
Traduction indisponible. Les paroles originales sont affichées.
18
Sebelum disapa sinar iman Kau bagaikan singa yang mengganas Membunuh anak perempuanmu Tanpa rasa belas dan kasihan Dipandu hati sekeras batu Jahiliah yang menyesatkan Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa Lunturlah segala keangkuhanmu Berubah dan beralih arahmu Terbentur segala kekejaman Menjadi wira miskin nestapa Membela yang tak berupaya Tidurmu di rimbunan tamar Tenangmu tiada tercalar Berbantal lengan tanpa pengawal Berselimut embun keimanan Di malam yang hening Meratap menyesali diri Pada dosa kealpaan Dibasuh dengan airmata Memohon keampunan Tuhan Engkau khalifah berjiwa hamba Mentadbir tanpa singgahsana Menghina diri di hadapan Allah Kemuliaan diri manusia Mulia hidup bersulam taqwa Mulia matimu kau syuhada Pergi rohmu ke alam tinggi Terbang menuju ke syurgawi "Aku hanya seorang Umar Kemuliaanku kerana Islam Semua ke syurga kecuali dia Ku bimbangi dialah diriku" Hati sekeras batu Menjadi selembut air Jadi teman kebenaran Jadi musuh pada kebatilan